fbpx

Kemelut politik Sabah: Kerajaan Perpaduan tidak terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA – Kemelut politik yang melanda kerajaan negeri Sabah tidak akan memberi kesan dan menjejaskan kedudukan Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemelut tersebut hanya membabitkan pimpinan politik peringkat negeri Sabah sahaja tanpa melibatkan peringkat persekutuan.

“Perbincangan saya bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah), Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, jalan terbaik adalah berbincang dan cari jalan penyelesaian yang baik.

“Kemelut ini tidak boleh digambarkan keadaannya hingga Persekutuan, kerana ini tidak sedikit pun mengubah kerajaan.

“Setakat ini, tidak ada sedikit pun bayangan (perubahan Kerajaan Persekutuan) melainkan yang disuarakan oleh pembangkang,” katanya dalam program Naratif Khas bersama Perdana Menteri terbitan RTM di Angkasapuri, Kuala Lumpur malam ini.

Terdahulu, UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah secara rasmi membuat keputusan untuk menarik diri daripada kerajaan negeri selepas hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri, Hajiji Noor.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi UMNO Sabah, Bung Moktar Radin selepas mengadakan mesyuarat parti tersebut malam ini.

Katanya, Hajiji telah melanggar perjanjian persefahaman yang dibentuk di bawah kerajaan negeri Sabah. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI