PETALING JAYA – Selebriti Taiwan, Jay Chou membintangi filem aksi permotoran Hong Kong terkenal, Initial D arahan Andrew Lau dan Alan Mak yang diadaptasi daripada siri manga Jepun, Initial D.
Kehebatan bermain piano serta berbakat menggubah lagu menjadi batu loncatan buat selebriti, penerbit serta pengarah kelahiran Taiwan itu apabila popularitinya melonjak pada tahun 1998.
Jay Chou,44, mula mendapat tawaran dan diambil untuk menulis lagu pada tahun 2000 untuk penyanyi-penyanyi Cina terkemuka.
Beliau berjaya menghasilkan banyak hasil karya hebat antaranya, Greatest Works of Art yang diterbitkan pada tahun lepas sekali gus meraih lebih 20 anugerah setiap tahun.
Beliau yang berasal dari Linkou District, Taipei, Republik China di Taiwan berkahwin dengan Hannah Quinlivan pada 2015.
Jay Chou yang mempunyai tiga cahaya mata iaitu Hathaway, Jacinda dan Jaylen Romeo berjaya menjual sebanyak 25 juta album di seluruh dunia.
Anak seni yang pernah berlatih dalam muzikal klasik ini menggabungkan gaya-gaya barat dan Cina bagi menghasilkan karya-karya nafas baru seperti genre RnB, pop dan rock berfokuskan masalah kekeluargaan atau rumah tangga, perperangan dan pembandaran.
Hasil karya beliau banyak mendapat sambutan hangat di seantero benua Asia, khususnya di China, Jepun, Hong Kong, Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam, Taiwan dan di komuniti Cina seberang laut.
Sepanjang beberapa tahun, beliau berjaya meraih pelbagai anugerah antaranya MTV Asia Award For Favorite Artist Taiwan (2005,2002), World Music Award for World’s Best Selling (2004), Hong Kong Film Award for Best New Performance (Initial D -2006), Hong Kong Film Award for Best Original Film (2007) dan Shanghai Film Critics Award for Best Actors (2007).
Terdahulu, nama Jay Chou tular apabila akaun media sosialnya diserang peminat bola sepak Harimau Malaya disebabkan pemasangan pentas konsertnya yang disifatkan terlalu awal dan menghalang pandangan penyokong ketika perlawanan suku akhir menentang Thailand.- KOSMO! ONLINE.