fbpx

Hujan lebat, ribut petir tertumpu sekitar Pantai Timur petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang melanda beberapa kawasan di Semenanjung serta Sarawak hingga pukul 6 petang hari ini.

Dalam pada itu, cuaca buruk tersebut lebih tertumpu sekitar Pantai Timur melibatkan Gua Musang, Kelantan serta beberapa daerah di Terengganu seperti Hulu Terengganu, Marang dan Dungun.

“Di Pahang pula, hujan lebat dilaporkan melanda Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Keadaan sama turut berisiko melanda Selangor (Kuala Langat dan Sepang) serta Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin),” katanya dalam kenyataan di Facebook sebentar tadi.

Tambah kenyataan itu, hujan lebat serta ribut petir dijangka berlaku seluruh negeri Melaka dan sebahagian kawasan Johor (Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).

“Turut terlibat beberapa kawasan di Sarawak seperti Kuching, Serian dan Samarahan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI