PETALING JAYA – Harga kereta terpakai akan terus meningkat di pasaran dalam tempoh masa yang panjang selagi pengeluaran stok kereta baharu masih tidak dapat menampung permintaan tinggi daripada pengguna. Presiden Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia, Datuk Tony Khor Chong Boon berkata, pemerhatian pihaknya mendapati harga kereta terpakai sukar untuk mengalami penurunan pada masa depan selagi pengeluaran kereta baharu perlahan. Bagaimanapun, katanya, peningkatan harga kenderaan itu dapat dielakkan sekiranya bekalan kereta terpakai kembali banyak seperti sebelum pandemik Covid-19. “Proses…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya