fbpx

Bomba bantu urus jenazah wanita 170kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba membantu menurunkan jenazah wanita seberat 170 kg dengan tali hos di Tanah Perkuburan Masjid Kesang Tua, Melaka, hari ini.

JASIN – Sepasukan anggota  Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari di sini membantu urusan pengebumian jenazah seorang wanita obesiti yang mempunyai berat badan 170 kilogram (kg) hari ini.

Jenazah wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kesang Tua pada pukul 1 tengah hari.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II K. Kalai Selvam berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.01 tengah hari dan seramai tujuh anggota digerakkan ke lokasi.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada pukul 12.06 tengah hari dan menjalankan operasi membantu menurunkan jenazah ke liang lahad.

“Jenazah diturunkan menggunakan tali dan distabilkan dengan bantuan papan spinal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, pihaknya mengambil masa lima minit untuk menurunkan jenazah dan operasi selesai pada pukul 12.42 tengah hari. Difahamkan, wanita itu menghidap masalah buah pinggang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI