fbpx

Bomba bantu murid bibir tersepit botol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun tersepit bibir pada penutup botol di sebuah klinik desa, Jalan Jelatek, Kuala Lumpur, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan azab satu jam apabila bibirnya tersepit pada botol di sebuah klinik desa, Jalan Jelatek, di sini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 10 pagi sebelum menghantar jentera ke tempat lokasi kejadian.

Katanya, seramai enam anggota daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Keramat dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian ,terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun tersepit bibir di penutup botol.

“Anggota bomba berjaya mengeluarkan bibir mangsa dari penutup botol dengan menggunakan peralatan khas mini grinder dengan selamat,” katanya dalam kenyataan, hari ni.

Jelasnya, mangsa mengalami kecederaan bengkak di bibir dan akan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI