fbpx

Bernikah di Thailand tanpa pengetahuan isteri pertama adalah sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Seorang suami yang ingin bernikah buat kali kedua di Thailand tanpa pengetahuan isteri pertama adalah sah di sisi agama.

Menurut penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, ia kerana memberitahu isteri bukan sebahagian daripada syarat sah untuk berkahwin.

Bagaimanapun, jelasnya, sebagai seorang suami, dia perlu bertanggungjawab dan bersikap jujur kepada isterinya.

“Kalau mengikut hukum, ia sah kerana tiada keperluan untuk beritahu isteri. Hanya cukup rukun dan syarat.

“Cuma kita sebagai manusia yang bertanggungjawab, kalau termakan budi dengan orang, (maka) jangan berbohong,” katanya dalam satu sesi ceramahnya di media sosial.

Azhar berkata, seorang isteri mempunyai banyak budinya dengan suami sehingga sanggup berpisah dengan keluarganya.

“Dia sanggup tinggalkan kampung lamannya untuk menemani hidup kita. Tiba-tiba kita menipu dia. Jadi perkara itu tak kena.

“Kita bukan sahaja berbohong dengan bini pertama, dengan bini muda pun kita akan berbohong. Itulah keterlanjuran daripada perkahwinan yang silap,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI