fbpx

Anggota tentera maut selepas pulang majlis tahlil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG anggota tentera maut dirempuh kereta di Lebuh SPA berhampiran Bertam Putra, malam semalam.

MELAKA – Seorang anggota tentera maut dirempuh kereta di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) berhampiran Bertam Putra ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghadiri majlis tahlil, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa, Muhamad Solleh Ramli, 33, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, hasil siasatan mendapati mangsa yang bertugas di Kem Terendak Sungai Udang telah terjatuh akibat melanggar seekor anjing.

Katanya, kemudian datang sebuah kereta jenis Toyota Fortuner milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang dipandu seorang lelaki berumur 24 tahun tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.

“Mangsa disahkan maut ditempat kejadian susulan impak pelanggaran tersebut sementara pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk diambil sampel darah bagi tujuan analisa Jabatan Kimia dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akata Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI