fbpx

Suspek ugut tembak polis direman sehari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

DUNGUN – Tempoh tahanan reman seorang peniaga dikenali sebagai ‘Ayahanda Zul’ yang disyaki membuat ugutan bunuh terhadap pegawai dan anggota polis disambung sehari lagi.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Noradila Ab Latif, di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, tambahan perintah itu bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan terhadap suspek berusia 53 tahun berkenaan.

Beliau berkata, lelaki tersebut disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959.

“Siasatan setakat ini percaya suspek juga melindungi dan menggaji pekerja asing tanpa permit sah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! Selasa lalu melaporkan suspek ditahan dalam satu serbuan polis di sebuah rumah di Bangi, Selangor pada 2 Januari lalu.

Dia didakwa melakukan ugutan jenayah mahu menembak mati anggota dan pegawai polis pada akhir bulan November lalu

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa memberitahu, siasatan awal mendapati suspek tidak berpuas hati tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak membanteras kegiatan pengedaran dadah di daerah ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI