fbpx

Suami, isteri orang dicekup curang di dalam trak pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki berstatus suami orang dan kekasihnya, isteri orang dicekup berdua-duaan di dalam sebuah pacuan empat roda di Ayer Keroh, Melaka, malam tadi.

MELAKA – Sepasang kekasih berstatus isteri dan suami orang dicekup bermadu kasih di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam Op Perahu Darat (Opeda), malam tadi.

Pasangan berusia 40 dan 30-an itu antara enam individu yang ditahan dalam operasi bersepadu bersama pihak polis bermula pukul 10 malam dan berakhir pukul 3 pagi di sekitar daerah Melaka Tengah.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pasangan curang itu dicekup kira-kira pukul 10.40 malam di tempat gelap di tepi jalan di Lebuh Ayer Keroh.

“Kita telah menahan pasangan ini di bawah Seksyen 53 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak dan hasil soal siasat, kedua-duanya merupakan isteri serta suami orang.

“Wanita itu memberikan alasan menggunakan perkhidmatan e-hailing lelaki terbabit, namun gagal menunjukkan bukti tempahan di aplikasi sebelumnya akhirnya mengaku mereka adalah kenalan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pasangan ketiga berusia 20-an turut dicekup di dalam kereta di pesisir Pantai Klebang dan memberikan alasan berhenti berehat di kawasan itu bagi mengisi masa sementara menunggu waktu urusan pendaftaran pernikahan di Negeri Sembilan.

“Pasangan itu mengaku bukan suami isteri, sebaliknya cuma tunangan dan telah ke Negeri Sembilan bagi urusan permohonan perkahwinan, semalam.

“Bagaimanapun urusan tersebut tidak dapat diselesaikan kerana masalah dokumen dan mendakwa pejabat agama meminta untuk datang semula ke sana hari ini, jadi sementara menunggu pagi mereka datang ke sini untuk bersiar-siar,” katanya.

Ujarnya, satu lagi pasangan muda dicekup ketika duduk bersandaran di tepi pantai sama dan memberikan alasan hanya melepak bersama selepas pulang dari kerja.

Che Sukri berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat JAIM bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 53 dan 71 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI