fbpx

Presiden UMNO: Saya pernah dicabar dan menang besar – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid pada sidang akhbar selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Putrajaya, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau bersedia dicabar untuk merebut jawatan Presiden bagi pemilihan UMNO akan datang.

Malah, Ahmad Zahid menyatakan, beliau juga pernah dicabar sebelum ini bagi jawatan nombor satu UMNO dan ia memihak kepadanya dengan jumlah undian yang besar.

“Dulu pun saya dicabar, dua orang cabar saya. Tetapi, jumlah undi dua orang itu masih belum dapat melebihi undi yang saya perolehi.

“Bukan saya mahu riak, tapi ia telah terbukti pada pemilihan UMNO 2018 di mana kombinasi undi kedua-dua yang cabar saya itu sangatlah kurang berbanding undi yang saya dapat.

“Saya bukan riak, bukan juga sombong dan bukan takabbur atau ujub,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, beliau juga menjelaskan bahawa 160,000 perwakilan UMNO di seluruh negara mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan kepimpinan parti pada masa akan datang.

“Saya mempunyai pendirian bahawa kuasa untuk menentukan kepimpinan parti terletak pada kuasa dan suara perwakilan di seluruh negara.

“Terdapat hampir 160,000 perwakilan yang mewakili cawangan UMNO di seluruh negara dan mereka akan menentukan sama ada kepimpinan sedia ada perlu ditukar atau tidak bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus relevan di dalam arena politik negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI