fbpx

Lelaki Ghana didakwa tertinggi di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jiran berdiri di atas bangku untuk menanda ukuran pada dinding ketika mengukur Sulemana. - BBC

ACCRA, Ghana – Seorang lelaki dari Ghana didakwa mungkin merupakan lelaki tertinggi di dunia selepas dia diukur mempunyai ketinggian 289 sentimeter (sm), lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Sulemana Abdul Samed, 29, diukur ketinggiannya oleh sebuah klinik desa di utara Ghana semasa menjalani rutin pemeriksaan kesihatan baru-baru ini.

Klinik itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan secara rasmi ketinggiannya kerana tidak mempunyai alat pengukur yang sesuai.

Sejak disahkan menghidap gigantisme beberapa tahun lalu, pemuda itu disarankan menghadiri janji temu bulanan bagi menangani komplikasi hidup sebagai ‘manusia gergasi’.

Gigantisme merupakan gangguan pertumbuhan yang menyebabkan seseorang membesar dengan sangat tinggi dan besar seperti gergasi.

Apabila diminta berdiri tegak dan bersandar pada kayu pengukur, seorang jururawat yang terkejut memberitahunya: “Anda membesar lebih tinggi daripada skala.”

Jururawat tersebut meminta bantuan beberapa kakitangan lain untuk mengukur ketinggian Sulemana. Salah seorang daripada mereka kemudian mencadangkan untuk mencari tiang dan menggunakannya sebagai penyambung di atas kayu pengukur. 

Pemegang Guinness World Records untuk kategori lelaki paling tinggi di dunia yang masih hidup disandang oleh Sultan Kosen dari Turkiye dengan ketinggian 251 sm. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN