fbpx

Isu rumah mangsa banjir Baling, Kedah perlu lebih bertanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) beramah mesra dengan warga kementerian KKDW selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Putrajaya, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan Persekutuan mahu kerajaan Kedah lebih bertanggungjawab berhubung isu pembinaan semula dan baik pulih rumah mangsa banjir di Baling, Kedah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun kos baik pulih atau bina semula itu mungkin milik Kerajaan Persekutuan, namun kerajaan negeri harus mengambil tanggungjawab sama.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, keputusan pilihan raya umum lalu memperlihatkan bahawa mereka (Kedah) mendapat kejayaan 100 peratus untuk kerusi Parlimen.

“Jadi, mereka harus menterjemahkan sokongan rakyat ni dengan memberikan bantuan rakyat 100 peratus tanpa adanya sebarang usaha lain.

“Saya yakin Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mampu melakukannya sebagaimana beliau mampu bercakap dalam pentas-pentas politik,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 KKDW, di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Ahmad Zahid berkata, sebanyak lapan rumah mangsa banjir di Kupang, Baling sudah siap dibina pada November lalu.

Katanya, dua daripada rumah berkenaan sudah didiami semula manakala enam lagi rumah kosong tanpa penghuni.

“Saya juga dimaklumkan 34 rumah mangsa banjir di kawasan itu sudah siap dibaik pulih,” katanya yang memaklumkan rumah berkenaan disiapkan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), agensi di bawah KKDW.

Dalam kejadian banjir dan kepala air di Baling pada 4 Julai lalu, banyak rumah mangsa terjejas dan dihanyutkan air.

Malah, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid memaklumkan, sejumlah RM1.5 juta diperuntukkan bagi membina rumah jenis teres di atas tapan selua satu hektar di Desa KEDA Sadek di Kupang.

Rumah itu dijangka siap dalam tempoh enam bulan dan akan diberikan kepada keluarga yang hilang tempat tinggal atau rumah mengalami kerosakan sehingga 80 peratus serta tidak boleh didiami berikutan bencana itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI