MASIH belum terlambat untuk ucapkan tahniah buat pasangan mempelai, Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang yang baru saja bergelar suami isteri.
Ramai memuji kejelitaan pelakon Tentang Bulan itu yang ‘naik’ seri apabila mendapat sentuhan jurumekap dan usahawan tersohor, Datuk Alha Alfa.
Memang tampak berbeza wajahnya sebaik gambar majlis resepsi menjengah laman sosial sehingga membuatkan ramai memuji kejelitaannya.
Mizz Lahar pun teruja, tambahan pula Fatin serta suaminya memang secocok bak kata orang dulu-dulu, sama cantik, sama padan. Bagai pinang di belah dua.
Daripada laman sosial, Alha yang berpengalaman menata rias selebriti mendedahkan sangat mudah bekerjasama dengan aktres kecil molek itu sebab tak banyak kerenah.
Kata Alha, Fatin duduk saja di kerusi dan cakap nak cantik saja ketika ditanya mahu ‘look’ bagaimana selain tadah saja muka tanpa pelbagai syarat.
Malah dia juga tidak meminta melihat cermin selain hanya tengok telefon bimbit jika perlu. Kiranya Alha seronok menata rias Fatin yang bagi sepenuh keyakinan terhadapnya.
Mizz Lahar: Teringin nak tayang gambar percutian kat ‘Wakanda’ dalam laman sosial, tapi risau takut dikecam nak tengok dunia atau dunia tengok kita. Adik keliru mama!