fbpx

Chen Tang Jie enggan tunggu hingga 2028

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG JIE dan Ee Wei diletakkan sebagai prospek BAM untuk melangkah ke Sukan Olimpik Paris bersama Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing yang dibimbing juara dunia dua kali, Widianto.

PEMAIN beregu campuran kebangsaan, Chen Tang Jie mahu menjadikan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia yang bermula minggu depan sebagai me­dan mencari momentum dalam usaha memburu kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Pada pusingan pertama nanti, naib juara kejohanan Cabaran Antarabangsa Malaysia 2022 itu dijadualkan bertemu beregu profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang turut dilihat sebagai antara pencabar untuk ke Sukan Olimpik.

Justeru, Tang Jie melaungkan keyakinan untuk bertemu sesiapa sahaja selain mahu mene­rapkan mentaliti kemenangan setiap kali melangkah masuk ke gelanggang dalam mana-mana kejohanan.

Pemain berusia 25 tahun itu tidak mahu menunggu sehingga ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 bagi memenuhi impian ­beraksi pada temasya sukan terbesar dunia itu selepas kempunan untuk menyertai skuad Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Saya pun sudah berusia 25 tahun dan semakin dewasa. Memang saya letak sasaran untuk pergi ke Olimpik Tokyo tetapi tidak tercapai, jadi kali ini saya harap kami boleh melayakkan diri ke Olimpik 2024.

“Sekiranya ada peluang untuk ke (Olimpik) 2024, kenapa mahu tunggu hingga 2028. Justeru, matlamat utama kami tahun ini adalah bukan sahaja layak ke Sukan Olimpik, malah untuk dapatkan pingat,” katanya.

Tang Jie-Ee Wei diletakkan sebagai prospek Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk melangkah ke Sukan Olimpik Paris bersama Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing yang kini dibimbing juara dunia dua kali, Nova ­Widianto.

Bagaimanapun, beregu No. 147 dunia itu menggalas misi sukar apabila perlu bersaing dengan gandingan profesional termasuk Kiang Meng-Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai yang berada dalam kelompok 10 terbaik dunia.

Sementara itu, Ee Wei pula menyatakan rasa teruja untuk beraksi di hadapan penyokong sendiri pada Terbuka Malaysia nanti biarpun dia dan Tang Jie menjalani latihan bersama tidak sampai sebulan.

“Persefahaman dalam gelanggang sudah semakin baik walaupun kami berlatih bersama tidak sampai sebulan. Saya teruja untuk bermain di hadapan penyokong Malaysia, ia membuatkan saya dan Tang Jie lebih bermotivasi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI