PETALING JAYA – Wanita warga Russia ceroboh Menara Merdeka 118 baru-baru ini, membuat permohonan maaf atas perbuatannya itu kepada rakyat Malaysia, hari ini.
Angela Nikolau melalui Twitternya berkata bukan niatnya untuk menyinggung mana-mana pihak terhadap perbuataannya memanjat menara berkenaan namun ia dianggap sebagai karya dan seni terhadap dirinya.
“Saya memohon maaf jika menyinggung perasaan rakyat Malaysia, bukan itu niat saya.
“Saya tidak mengharapkan apa-apa selain karya dan seni, saya juga tidak berminat dengan sebarang konflik atau kebencian,” ciapnya.
Terdahulu, pada 29 Disember lalu polis menerima satu laporan daripada pihak pengurusan Menara Merdeka 118 untuk tindakan lanjut mengenai kes pencerobohan pasangan dari Rusia yang dipercayai memanjat menara terbabit. – KOSMO! ONLINE