fbpx

Amaran angin kencang, laut bergelora di lima perairan pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima perairan seluruh negara sehingga pukul 10 pagi ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, perairan tersebut adalah di Johor Timur, Pahang, Terengganu, Sarawak Barat dan Sabah.

“Bagi perkapalan, situasi sama turut diramal di beberapa perairan seperti di Tioman, Condore, Bunguran, Reef North, Layang-Layang dan Labuan.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Johor dengan melibatkan kawasan Mersing dan Kota Tinggi sehingga pukul 10 pagi ini.

Jelasnya lagi, bagi kawasan-kawasan di negeri lain sekitar Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak, cuaca diramalkan dalam keadaan baik dan cerah ekoran tiada laporan hujan dikeluarkan.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI