fbpx

Amaran angin kencang dan laut bergelora hingga Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan beberapa negeri hingga 8 Januari ini (Ahad).

Amaran kategori pertama melibatkan angin kencang diramalkan berkelajuan 40 sehingga 50 kilometer sejam (Kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian 2.5 hingga 3.5 meter (m).

“Perairan terlibat adalah di Pahang, Terengganu, Kelantan, Samui, Tioman, Selatan Condore, Utara Bunguran, Reef North dan Layang-Layang,” katanya.

Manakala amaran Kategori Kedua pula adalah angin kencang berkelajuan 50 sehingga 60 Kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 hingga 4.5 m melibatkan Utara Condore, Barat laut Reef North. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI