fbpx

Tiada ternakan babi komersial di Perlis, Kelantan dan Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ternakan babi komersial di Malaysia sepanjang tahun lalu menunjukkan angka penurunan berbanding rekod pada tahun sebelumnya. - Foto ihsan JPV

PUTRAJAYA – Hanya tiga buah negeri di Malaysia yang didapati masih kekal tiada industri penternakan babi secara komersial pada tahun lalu iaitu Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Menurut statistik terkini diterbitkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), haiwan itu juga langsung tidak diternak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Berdasarkan perangkaan agensi tersebut, secara keseluruhan dianggarkan sebanyak 1,665,560 ekor babi telah berjaya diternak di seluruh negara pada sepanjang tahun lepas.

Pun begitu, angka berkenaan mencatatkan penurunan berbanding rekod JPV pada tahun sebelumnya yang berjumlah 1,672,995 ekor atau cuma defisit 7,435 ekor.

“Perak sekali lagi muncul sebagai negeri penternakan babi paling besar di Malaysia pada 2022 lalu iaitu 560,987 ekor dengan menokok daripada hanya 555,705 ekor pada 2021.

“Pulau Pinang pula sebanyak 311,869 ekor, Johor (238,323), Selangor (222,160), Sarawak (199,850), Sabah (88,755), Melaka (38,314), Pahang (3,235) dan Kedah (1,438).

“Negeri Sembilan pula terus kekal menjadi negeri paling sedikit menternak babi komersial di negara ini iaitu cuma 629 ekor sepanjang tahun lalu berbanding 848 ekor pada 2021,” katanya.

Pengurangan penternakan itu ekoran langkah tegas pelupusan yang dilaksanakan oleh pihak JPV secara besar-besaran bagi membendung penularan wabak demam babi Afrika.

Senario tersebut turut mengakibatkan trend pemakanan babi dalam kalangan penduduk Malaysia merosot kepada 233,921 tan berbanding 234,204 tan pada tahun sebelumnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI