fbpx

SPRM digesa dedah kartel kuari Hutan Simpan Bukit Lagong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Razak (kiri) menunjukkan pelan kawasan kuari ketika membuat laporan SPRM mengenai kuari Bukit Lengong di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya hari ini. FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Parti Hijau Malaysia menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan status perkembangan terkini berhubung siasatan terhadap kewujudan kartel kuari Hutan Simpan Bukit Lagong, Gombak, Selangor.

Setiausaha Penaja Parti Hijau Malaysia, Abdul Razak Ismail berkata, gesaan itu dibuat susulan daripada aduan rasmi difailkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Otai Reformis pada 7 Oktober tahun lalu di SPRM Selangor bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Saya dimaklumkan bahawa kes ini telah dipindahkan ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya baru-baru ini dan kami ingin dapatkan ‘update’ terkini siasatan daripada.

“Ini kerana, kita percaya ada berlakunya salah guna kuasa, ketidakpatuhan tata kelola dan kecuaian oleh kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dalam kelulusan pelantikan 24 buah syarikat swasta dan tiga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk pembukaan kuari berkeluasaan 2,100 ekar,” katanya.

Abdul Razak berkata demikian kepada pemberita selepas menghantar permohonan bagi mendapatkan status perkembangan terkini siasatan SPRM berkaitan aduan Hutan Simpan Bukit Lagong di pekarangan Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Razak turut memohon Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad supaya melihat isu berkenaan.

“Ini baru lapan kuari, bayangkan kalau 27 kuari di buat di atas tanah seluas 2,100 ekar, bila dah habis ‘isi perut’ keluar, mereka akan buka lagi kuari baharu.

Dalam masa 10 tahun akan datang, apa yang akan terjadi kepada kawasan tersebut,” soalnya.

Menurut Abdul Razak, sekiranya sesuatu yang buruk berlaku seperti banjir lumpur, ia bakal memberi kesan teruk terhadap kawasan berhampiran iaitu Taman Bukit Rahman Putra, Taman Desa serta sebuah perkampungan Orang Asli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI