fbpx

Sistem bayaran JKMPay untuk OKU mungkin dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy Shukri (tengah) beramah mesra bersama warga kementerian KPWKM selepas Majlis Amanat Tahun Baru Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

PUTRAJAYA- Setelah hampir dua tahun dilaksanakan, JKMPay kemungkinan besar boleh dibatalkan jika terbukti tiada faedah kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU)

Perkara itu dibayangkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri susulan pertemuan dengan Senator Datuk Ras Adiba Radzi semalam.

“Kajian projek rintis ini sudah pun selesai dan kita tunggu laporan yang akan dibentangkan, Insya-Allah bulan ini juga sebelum dimuktamadkan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Amanat Menteri Bersama Warga Kementerian itu di sini tadi.

JKMPay diperkenalkan pada 1 Februari 2021 lalu melibatkan sejumlah 2,000 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan meliputi enam buah negeri yang terpilih

Mengulas lanjut, Nancy berkata, pihaknya sedar terdapat majoriti daripada 550,000 penerima bantuan yang mahu kembali kepada cara manual tunai iaitu bayaran bulanan sejumlah RM450.

“Kita tiada masalah jika hendak balik semula kepada kaedah lama asalkan dapat memberi manfaat kepada penerima JKM namun mungkin akan mengambil masa sedikit.

“Langkah tersebut bagi memastikan agenda pembangunan dan pemerkasaan OKU di negara ini dilaksanakan dengan adil serta tidak mendiskriminasi nasib kelompok itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI