fbpx

Singa betina mati diserang di dalam kandang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serangan itu berlaku sangat pantas dan menyebabkan kekeliruan di kalangan pengunjung Taman Safari Longleat. - SWNS

LONDON – Sebilangan pengunjung sebuah taman safari di Britain menyaksikan kejadian mengejutkan apabila seekor singa betina mati dibunuh di dalam kandangnya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Singa betina itu mati akibat diserang oleh seekor singa lain di Taman Safari Longleat pada hari Tahun Baharu 2023.

Ketika kejadian, penjaga-penjaga haiwan bertungkus-lumus untuk menyelamatkan singa itu yang mengalami kecederaan parah, namun gagal.

Seorang pengunjung menulis di media sosial bahawa mereka melihat singa-singa itu dikurung di dalam kandang dan seekor singa terbaring di atas lantai.

Jurucakap taman itu kemudian mengesahkan bahawa singa itu telah diserang di dalam kandangnya.

“Hujung minggu ini (1 Januari 2023) menyaksikan salah seekor singa betina di Longleat dibunuh oleh singa lain. Kejadian seperti ini sangat jarang berlaku tetapi secara semula jadi terjadi dalam kalangan pemangsa.

“Ia berlaku dengan sangat pantas dengan singa betina itu mati hampir serta-merta.

“Penjaga profesional kami segera bergegas ke tempat kejadian, namun gagal campur tangan. Tiada risiko kepada pengunjung,” kata jurucakap taman itu kepada laman berita Wiltshire Live. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI