fbpx

Serangan misil HIMARS bunuh 63 askar Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan kediaman yang musnah di rantau Donetsk, timur Ukraine kelmarin. -- AFP

MOSCOW – Seramai 63 askar Russia terbunuh di timur Ukraine selepas tentera Kiev membedil sebuah kem menggunakan sistem peluru berpandu HIMARS yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat (AS), kata kementerian pertahanan Russia dalam satu pengumuman kelmarin.

Tanpa mengaku melancarkan serangan itu, tentera Ukraine berkata, angka korban akibat bedilan di bandar Makiivka, rantau Donetsk di timur Ukraine yang dikuasai Moscow itu adalah jauh lebih tinggi.

“Seramai 63 askar Russia terbunuh dalam serangan empat peluru berpandu mengandungi bahan letupan berkuasa tinggi.

“Semua bantuan dan sokongan yang diperlukan akan diberikan kepada waris dan orang tersayang anggota-anggota tentera yang terkorban,” kata kementerian pertahanan.

Kementerian sama tidak menyebut bila serangan itu berlaku tetapi tentera Ukraine dipercayai melancarkan bedilan ketika askar Russia menyambut Tahun Baharu.

Kenyataan tersebut merupakan pengumuman yang jarang dibuat mengenai kematian di pihak Russia dalam perang Ukraine.

Pengkritik-pengkritik Kremlin menuduh pihak berkuasa Russia cuba menyembunyikan angka kematian sebenar tenteranya di medan perang di Ukraine.

Penulis-penulis blog tentera berkata, beberapa ratus askar mungkin terbunuh akibat serangan misil di Makiivka.

Bekas pemimpin pemisah Russia, Igor Strelkov berkata, dia menerima satu laporan mengenai serangan tersebut pada 1 Januari 2023 sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan).

Menurutnya, ‘ratusan’ dipercayai terbunuh dan cedera sambil menambah, tentera Ukraine menyerang sebuah fasiliti yang menempatkan anggota tentera. – AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI