fbpx

Satu-satunya guru Mun Choong terselamat tragedi runtuhan kembali mengajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WARGA SJMC Mun Choong, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur bertafakur selama seminit sebelum sesi pembelajaran bermula semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong, Jalan Ipoh di sini, yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor pada bulan lalu kembali memulakan tugas­nya semalam.

Seramai tujuh guru sekolah itu menyertai perkhemahan di lokasi tragedi, namun enam daripada mereka terkorban.

Semalam, enam guru baharu juga mula bertugas bagi menggantikan mangsa-mangsa yang meninggal dunia

Tinjauan Kosmo! mendapati sesi persekolahan kembali dibuka semalam selepas bercuti selama tiga minggu berjalan seperti biasa, namun pada perhimpunan pagi, wakil guru meminta warga sekolah bertafakur selama seminit bagi mendoakan rakan-rakan mereka yang telah ‘pergi’.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) menghantar 25 kaunselor ke SJKC Mun Choong bagi membantu memulihkan emosi warga sekolah yang terkesan dengan tragedi tersebut.

Menurut Hui Ying, kesemua kanselor tersebut dibahagikan kepada empat kelas yang diajar oleh enam guru yang terkorban.

“Bantuan dan bimbingan kaunselor ini adalah bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjalan seperti biasa,” katanya selepas membuat lawatan di sekolah itu.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seramai 92 mangsa terlibat dalam kejadia tanah runtuh di Batang Kali yang mengorbankan 31 nyawa, manakala 61 orang lagi terselamat.

Dalam pada itu, Yang Dipertua PIBG SJKC Mun Choong, U Chin Ong memberitahu, sebanyak RM800,000 dana terkumpul di bawah Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan akan diagihkan kepada keluarga mangsa terlibat.

“Kita akan menubuhkan satu jawatankuasa yang akan mengkaji kaedah terbaik untuk me­nyalurkan sumbangan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden runtuhan tersebut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI