fbpx

Penulis 7 Hari Mencintaiku, Siti Rosmizah kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Rosmizah.

PETALING JAYA – Penerbit dan penulis drama rantaian popular, 7 Hari Mencintaiku, Siti Rosmizah Semail dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan Covid-19 sejak Ahad lalu.

Lebih mengejutkan, Covid-19 yang dijangkitinya itu sudah berada di tahap empat ketika dimaklumkan menerusi akaun Instagramnya malam semalam.

“Minta semua kawan-kawan atau sahabat yang mengenali Kak Siti @ Siti Rosmizah marilah kita sama-sama mendoakan untuk beliau pulih semula daripada penyakit Covid-19. Beliau sekarang di ICU dan keadaannya kritikal.

“Berita sedih yang kami terima, Covid-19 Kak Siti sudah naik ke tahap empat. Sama-sama doakan beliau diberi kekuatan untuk berjuang melawan penyakit ini,” tulis pengendali di hantaran akaunnya.

Rata-rata peminat di media sosial mendoakan agar Siti Rosmizah diberi kekuatan dan kesembuhan segera melawan jangkitan Covid-19 itu.

“Sejak zaman sekolah, tiap kali karya beliau keluar, memang akan beli, idola sungguh. Semoga kak Siti Rosmizah Semail diberi kekuatan untuk sembuh seperti sediakala dan dipermudahkan urusannya,” komen seorang pengguna.

“Doakan agar rakan novelis kita, Siti Rosmizah Novelis cepat sembuh dan terus bersama-sama kita dalam menghasilkan karya berkualiti,” komen pengguna yang lain pula.

Antara novel popular lain karya Siti Rosmizah termasuklah Andai Itu Takdirnya, Rindu Awak Separuh Nyawa dan Curi-Curi Cinta.

Beliau juga terlibat pertama kali dalam penulisan lirik untuk lagu Aku Bidadari Syurgamu dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI