fbpx

Penampilan ala karakter anime, Masya Masyitah dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASYA MASYITAH berkongsi untaian foto bercelana pendek dipadankan dengan legging berona warna kulit. - INSTAGRAM.

PETALING JAYA – Penyanyi Masya Masyitah menerima kecaman netizen gara-gara mengggayakan celana pendek dipadankan dengan seluar legging ketat warna kulit.

Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff yang kini difahamkan sedang bercuti di negara matahari terbit, Jepun berkongsi untaian foto berpenampilan disifatkan tidak menggambarkan imej muslimah tersebut menerusi Instagram.

“Cantik tapi tak berkenan dengan seluar itu. Saya yang bukan Islam pun sedar pakaian itu tak ngam. Minta maaf kalau saya salah. Salam damai.

“Pelik betul pakaian budak ini. Saya nak komen tapi ramai yang dah tolong komen. Harap Masya lebih cerdik berfikir dalam hal ini.

“Saya anggap peha dia albino,” demikian antara komen yang ditinggalkan netizen dalam platform media sosial.

Walaubagaimanapun, ada dalam kalangan netizen yang optimistik dengan tidak melulu meninggalkan komen berbaur kecaman.

“Lawa. Abaikan sahaja mulut netizen tu. Macam mereka tu suci tiada dosa hari-hari,” coret seorang netizen.

Terdahulu, juara pertandingan nyanyian, Yippi Star Quest 2020 itu berkongsi beberapa keping foto seperti karakter anime namun kekal bertudung menerusi Instagram.

Just go. Go see all the beauty in the world (Pergi lihat segala keindahan dunia). Learn. Grow. Discover,” tulisnya sebagai kapsyen entri yang dimuat naik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI