fbpx

Pas tuntut kerajaan perjelas situasi sebenar Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairil Nizam

PETALING JAYA – Tindakan China mengutuk dan mengancam tindak balas terhadap negara-negara yang mengenakan syarat ujian baharu Covid-19 terhadap warganya susulan lonjakan kes harus diberi perhatian serius oleh kerajaan Malaysia.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Khairil Nizam Khirudin berkata, kerajaan perlu menyatakan langkah yang tegas, berani dan mengambil sikap proaktif berhubung potensi ancaman penularan kes Covid-19 dari China ketika ini.

“Kebanyakan rakyat menzahirkan kebimbangan, malah beberapa negara telah mengambil tindakan lebih awal daripada Malaysia.

“Justeru, Pas menuntut Menteri Kesihatan tampil untuk memberi penjelasan menyeluruh dan situasi sebenar potensi ancaman penularan Covid-19 di Malaysia bagi mengelakkan persepsi yang tidak benar,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Khairil Nizam  berkata, maklumat daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) juga tidak terperinci berbanding realiti di China yang digambarkan penularan wabak tersebut yang semakin serius.

“Setakat ini, kerajaan belum mengemukakan tindakan muktamad sama ada untuk menyekat atau mengetat syarat kemasukan pelancong asing khususnya dari China ke Malaysia,” katanya lagi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI