fbpx

MBSA sedia pertimbangkan Jakel beroperasi di tapak kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran di gedung tekstil terkemuka, Wisma Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7 baru-baru ini.

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersedia mempertimbangkan permohonan syarikat tekstil terkemuka, Jakel beroperasi di bawah khemah besar di daerah ini.

Langkah itu bagi membantu perniagaan dan persiapan orang ramai menjelang musim persekolahan dan perayaan pada Mac serta April ini.

Menurut Datuk Bandar Shah Alam, Dr. Nor Fuad Abdul Hamid, MBSA amat prihatin dengan nasib menimpa Jakel dengan kebenaran itu nanti membolehkan kelangsungan perniagaan mereka.

“Semalam saya berada di kawasan kebakaran tersebut dengan pihak Jakel ingin mencari tapak baharu ( beroperasi semula). Tapak tersebut milik mereka sendiri dan tidak jauh dari hospital (Shah Alam).

“Pihak Jakel ada memaklumkan kepada saya secara tidak rasmi untuk membolehkan mereka beroperasi semula,” katanya selepas Majlis Angkat Sumpah Ahli MBSA Penggal 2023 di Wisma MBSA hari ini.

Kosmo! terdahulu melaporkan dua kebakaran berlaku di Wisma Jakel termasuk bilik stor simpanan langsir mereka di Seksyen 7 di sini pada Ahad dan semalam.

Akibat kebakaran itu dilaporkan Jakel mengalami kerugian hampir RM100 juta.

Mengulas lanjut, Nor Fuad berkata, pihaknya amat memahami peranan Jakel yang menjadi lokasi golongan ibu bapa mendapatkan pakaian sekolah dan baju raya sejak syarikat tersebut beroperasi di bandar raya ini.

“Pihak MBSA amat memahami keperluan ibu bapa untuk mendapatkan pakaian sekolah dan untuk musim perayaan.

“Kita tunggulah permohonan rasmi pihak Jakel untuk tujuan tersebut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI