fbpx

Laki bini ditahan kes letupan di Pandan Indah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan kes letupan yang mengakibatkan seorang tukang masak meninggal dunia di berhampiran sebuah restoran di Jalan Pandan Indah 12/1, Pandan Indah, Ampang Jaya pada Khamis lalu.

Pasangan terbabit ditangkap polis di sebuah rumah di Kedah, tengah malam tadi selepas menerima laporan dan kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang untuk mendapat perintah tahanan reman.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seorang tukang masak meninggal dunia akibat mengalami cedera parah pada bahagian badan dan tangan selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet sebuah kereta meletup berhampiran restoran terbabit.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira pukul 8.55 malam.

“Mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan mendapati terdapat satu bungkusan yang telah ditinggalkan di atas bonet kereta jenis Toyota Corolla Altis berhampiran restoran tempat mangsa bekerja.

“Apabila mangsa memegang bungkusan berkenaan, terus berlaku letupan yang dipercayai daripada bungkusan tersebut,” katanya.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI