fbpx

Kisah cinta wanita Indonesia, lelaki Korea dianggap seakan babak K-drama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan itu berkahwin dengan merakam gambar perkahwinan bertemakan drama Korea. - Agensi

JAKARTA – Kisah seorang wanita Indonesia yang bertemu jodoh dengan lelaki Korea Selatan tular di media sosial kerana dianggap seakan-akan babak dalam drama, lapor portal berita Wolipop.

Dea Sardiyana, memuat naik klip video memaparkan detik-detik perkenalan dengan suaminya, Kim Seung-woo dalam akaun TikTok @kimdeaa.

Dea pertama kali bertemu dengan Seung-woo ketika bercuti ke Bangkok pada 2015. 

“Kim sedang bercuti di Kemboja bersama rakan-rakannya, tetapi terpaksa pulang awal. Dia terpaksa ke Thailand kerana perlu menaiki pesawat di Bangkok.

“Saya ketika itu sedang bercuti di Vietnam tetapi membatalkan perjalanan bersama rakan ke Hanoi. Jadi, saya menukar destinasi ke Kemboja,” katanya.

Setelah itu, Dea berkata, dia ingin meneruskan percutiannya ke Bangkok sendirian. Selepas melawat Angkor Wat, dia menaiki tuktuk iaitu kenderaan awam tiga roda untuk ke stesen bas.

Dia ketika itu bertemu dengan seorang lelaki Korea (Seung-woo) yang berada di dalam tuktuk. Seung-woo membelikan Dea makanan tetapi wanita itu takut untuk memakannya.

Sebaik sahaja tiba, Dea dibantu oleh Seung-woo kerana tersesat. Oleh kerana mereka ingin menuju ke stesen yang sama, mereka menaiki teksi bersama-sama.

“Jadi kami menaiki teksi bersama-sama selama kira-kira 5 hingga 10 minit. Di stesen, kami bergambar bersama, bertukar ID Line dan mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal,” kata Dea.

Perbualan mereka kemudian berterusan secara online. Dea terkejut kerana Seung-woo menunjukkan kesungguhannya sehingga sanggup datang ke Indonesia selama sebulan.

Selepas menjalinkan hubungan cinta pada 2016, hubungan mereka kemudian direstui keluarga kedua-dua belah pihak. 

Seung-woo kemudian berpindah ke Indonesia pada 2018 untuk memeluk agama Islam, selain mendapat pekerjaan di sebuah syarikat Korea Selatan di Jakarta. Mereka kemudian berkahwin pada 2019. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI