fbpx

Kemasukan pelancong asing dikawal lebih ketat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tindakan untuk mengawal kemasukan pelancong asing akan menjadi lebih ketat lagi berikutan kebimbangan rakyat berkenaan penularan wabak Covid-19.

Beliau berkata, tindakan itu akan diambil ekoran kes penyakit berjangkit itu yang semakin meningkat di kebanyakan negara asing yang mempunyai jangkitan yang tinggi.

“Kementerian Dalam Negeri memberikan angka seramai 336,000 pelawat dari China majoritinya adalah pelancong sepanjang tahun 2022 manakala 53,000 lagi untuk bulan Disember sahaja.

“Lonjakan jangkitan tidak mengaitkan mana-mana negara, jadi kita ingin jelaskan dari segi angka yang kita perolehi, tidak bermakna kita perlu beri kelonggaran kepada mana-mana negara termasuk negara China,” katanya dalam sidang media hari ini.

Tambahnya, kesemua jemaah menteri memandang serius tentang kesihatan rakyat lebih daripada pelancongan atau pertubuhan ekonomi dan tidak akan bertolak ansur dalam kepentingan untuk mengawal dan merawat rakyat daripada segi wabak dan jangkitan termasuk Covid-19.

Dalam pada itu, dia turut berkata, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, hanya 49 peratus rakyat mengambil dos penggalak.

“Dos penggalak masih ada 6 juta lagi. Saya usulkan agar wartawan yang belum ambil dos penggalak, untuk mengambil dahulu supaya menjadi teladan kepada orang awam untuk mengambilnya juga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI