PUTRAJAYA- Harga runcit produk petroleum RON95 dan RON97 kekal pada kadar RM2.05 dan RM3.35 seliter bagi tempoh 5 hingga 11 Januari 2023.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga diesel juga kekal pada paras RM2.15 seliter berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 dan diesel RM2.15 seliter walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk melebihi harga siling ditetapkan.
“Namun, harga runcit petrol RON97 diturunkan selaras dengan pergerakan harga pasaran semasa.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi
memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – KOSMO! ONLINE