fbpx

FAM akur hukuman ke atas Azam Azmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZAM AZMI (depan) dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda sebanyak AS$1,000 (RM4,393) dengan tiada rayuan boleh dilakukan.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akur serta menghormati hukuman yang dikenakan oleh Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) ke atas pemain pertahanan skuad Harimau Malaya, Azam Azmi Murad pada kempen Piala AFF 2022 kali ini.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman mengesahkan pihaknya telah menerima surat hukuman daripada AFF susulan kekasaran dilakukan Azam ketika menentang Vietnam di Hanoi minggu lalu.

Susulan kekasaran yang dilakukan, AFF telah mengenakan hukuman penggantungan dua perlawanan ke atas pemain kelab Terengganu FC (TFC) itu dan denda sebanyak AS$1,000 (RM4,393) dengan tiada rayuan boleh dilakukan.

“Sebelum ini kami telah menghantar surat rayuan untuk kad merah itu ditarik semula. Namun, berdasarkan surat balas yang diterima, keputusan tersebut kekal dengan pemain telah dikenakan denda dan penggantungan perlawanan.

“Bagi pihak FAM, kami menghormati keputusan yang dibuat AFF tetapi sekarang adalah masa untuk move on (pandang ke depan),” katanya ketika dihu­bungi Kosmo! semalam.

Pada aksi di Stadium My Dinh sebelum ini, pengadil dari Jepun, Ryuji Sato telah melayangkan kad merah kepada Azam selain menghadiahkan sepakan penalti kepada skuad Naga Emas untuk meraih keputusan selesa 3-0.

Keputusan tersebut dianggap seperti tidak adil oleh peminat bola sepak tanah air dengan ­prestasi Sato sebagai pengadil perlawanan telah dikecam hebat.

Malah, FAM sebelum ini turut meluahkan hasrat agar Sato tidak lagi mengadili aksi melibatkan negara di pentas antarabangsa selepas turut dikritik hebat pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 juga menentang Vietnam pada Jun 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI