fbpx

Viviek Oberoi dedah rahsia Kareena Kapoor ponteng kelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIVIEK Oberoi sering menjadi orang tengah menyelesaikan masalah kehadiran Kareena sewaktu zaman kuliah.

RUPA-RUPANYA aktor Viviek Oberoi pernah belajar di sebuah pusat pengajian sama dengan pelakon, Kareena Kapoor ketika zaman muda.

Pelakon berusia 46 tahun itu hanya berjarak usia tiga tahun lebih tua berbanding Kareena. Dia juga pernah membantu menyelesaikan satu masalah melibatkan aktres Asoka itu.

Dalam satu wawancara majalah, bintang Krissh 3 itu mendedahkan pernah membantu adik kepada Karisma Kapoor itu menandatangani borang kehadiran kuliah.

Kareena yang pernah bergandingan dengan Viviek untuk filem Yuva juga teringat kenangan kerap tidak hadir kelas berikutan beberapa hal mengejut.

“Dia kata jangan bimbang, serahkan pada saya. Lantas dia mengambil semua perincian diri saya dan masuk ke kelas,” dedah Kareena pula.

Selepas memasuki arena seni, dua sekawan itu dipasangkan dalam beberapa filem termasuk Korbaan yang menyerlahkan keserasian mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI