fbpx

Ubah suai kabin bangunkan Annissa One Stop Centre

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraidah berdiri di hadapan kabin Annissa One Stop Centre yang diubah suai di Bayan Lepas, Pulau Pinang baru-baru ini.

BAYAN LEPAS – Annissa One Stop Centre yang diperkenalkan oleh seorang pengusaha sos cili padi berjenama Annissa sejak dua tahun lalu telah dijadikan sebagai satu platform yang berjaya membantu memasarkan hasil keluaran usahawan tempatan khususnya suri rumah.

Pengasasnya, Zuraidah Zahari berkata, pusat jualan sehenti yang menggunakan konsep vendor itu telah dibuka pada suku keempat tahun lalu mendapat sambutan yang baik daripada pengu­saha tempatan.

“Sejak terlibat dalam dunia perniagaan, saya mempunyai ramai rakan yang mengeluarkan produk sendiri yang menarik dan berkualiti tinggi.

‘’Namun saya dapati, produk keluaran mereka sukar diperoleh di kedai-kedai runcit, jadi di situ timbul idea untuk membuka satu pusat sehenti yang memasarkan produk saya dan usahawan lain.

‘’Kualiti, rasa dan harga jualan produk usahawan adalah setan­ding produk yang dijual di pasar raya, namun masyarakat masih belum mahu memberi peluang untuk membeli produk-produk buatan tempatan.

“Jadi pusat sehenti ini adalah peluang terbaik untuk peniaga memasarkan produk masing-masing,”’ katanya ketika ditemui di Annissa One Stop Centre di sini baru-baru ini.

Menggunakan kabin sebagai pusat jualan Annissa One Stop Centre, ibu kepada tiga orang anak ini telah mengubahsuainya agar premis tersebut menjadi satu ruang perniagaan yang selesa dan mampu mempamerkan banyak produk untuk memenuhi permintaan pelanggan.

“Diharapkan dengan adanya Annissa One Stop Centre, pe­langgan akan lebih mudah mendapatkan barangan keperluan, malah ia semakin popular dalam kalangan usahawan tempatan sekali gus membantu menjana ekonomi peniaga industri kecil dan sederhana,’’ katanya.

Tambah beliau, strategi pemasaran menerusi medium media sosial seperti Facebook dan Instagram telah membantu mempromosikan produk-produk yang ditawarkan di pusat sehenti berkenaan.

Zuraidah berkata, sehingga kini terdapat lebih 50 produk-daripada pelbagai kategori se­perti makanan kering, kek, jem, sos, makanan sejuk beku dan pelbagai lagi yang dijual antara RM2.50 hingga RM38 di situ. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI