fbpx

Surat pengakuan cinta Lee Jong-suk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE JONG-SUK

GARA-GARA kisah cinta dengan IU semakin diperkatakan, pelakon Lee Jong-suk tampil mendedahkan pandangan dan isi hatinya dalam sepucuk surat terima kasih buat peminat.

Surat berkenaan asalnya ditulis bagi menebus kesilapannya tidak berterima kasih kepada peminat semasa menerima anugerah dalam 2022 MBC Drama Awards baru-baru ini.

“Saya gementar semasa memberikan ucapan tempoh hari sehingga lupa untuk berterima kasih kepada kalian yang memberikan sokongan dan anugerah ini dapat membantu lebih menaikkan semangat saya.

“Mesti ramai terkejut dengan artikel mengenai saya. Kami sudah berkawan lama dan dia sering berada dalam minda apabila saya bersendirian.

“Kami sering berkongsi masalah dan dia ibarat kakak kerana matang walaupun lebih muda daripada saya. Sekarang dia buat saya ingin berubah menjadi lebih baik,” tulis Jong-suk.

Pelakon berusia 33 tahun itu turut meluahkan rasa bimbang jika hubungannhya dengan IU diketahui umum memandangkan tidak biasa dengan perkara tersebut.

Dalam 2022 MBC Drama Awards, Jong-suk dijulang sebagai pemenang hadiah utama (Daesang) menerusi drama Big Mouth.

Semasa memberi ucapan, dia tidak berterima kasih kepada peminat sebaliknya menunjukan penghargaan buat seseorang yang dicintai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI