fbpx

Sunderland terlepas pertahan gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUNDERLAND yang terlibat dalam kemalangan pada pusingan pertama gagal meneruskan perlumbaan ekoran kecederaan yang agak serius. – AFP

RIYADH – Juara bertahan, Sam Sunderland mengakui cukup terkilan apabila gagal mempertahankan kejuaraan perlumbaan berprestij, Rali Dakar selepas mengalami kemalangan pada peringkat pertama yang berlangsung awal pagi semalam.

Pada saingan tersebut, Sunderland yang mewakili pasukan GasGas gagal mengawal motosikal yang ditunggang selepas ter­babas pada kilometer ke-52 sekali gus terus diterbangkan ke Hospital Yanbu dengan menggunakan helikopter.

Susulan itu, pelumba berusia 33 tahun yang telah menjuarai edisi 2017 dan musim lepas itu disahkan oleh pegawai perubatan mengalami patah tulang bahu selain kecederaan di bahagian kepala dan belakang badan.

“Secara peribadi, saya telah meletakkan sasaran tinggi untuk mara sejauh mungkin pada kejohanan ini selepas apa yang dipamerkan pada musim lepas. Namun, nasib tidak menyebelahi saya selepas gagal meneruskan saingan seawal peringkat pertama.

“Ia adalah kemalangan yang cukup ngeri untuk dikenang, tetapi tiada apa yang boleh saya buat dan akur dengan keputusan ini meskipun pahit untuk ditelan,” kata pelumba kelahiran Bri­tain itu.

Sementara itu, pelumba ve­teran dari Sepanyol, Carlos Sainz Sr. berjaya menjuarai peringkat pertama kategori kereta selepas menewaskan pilihan utama yang mewakili pasukan Bahrain Raid Xtreme, Sebastien Loeb.

“Saingan baru sahaja bermula dan saya sangat gembira dengan apa yang dipamerkan sepanjang hari ini kerana tiada kesilapan yang dibuat, tetapi harus diakui Sainz Sr. lebih pantas untuk pu­singan kali ini,” kata Loeb.

Saingan Rali Dakar dianggap sebagai salah satu perlumbaan permotoran elit antarabangsa yang telah membuka tirai awal pagi semalam sehingga 15 Janua­ri dengan semua pusingan diadakan di Arab Saudi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI