fbpx

SOP pengembara China diputuskan Kabinet esok – Dr. Zaliha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha

SEPANG – Sebarang keputusan sama ada membenarkan atau tidak kemasukan pengembara dari China ke negara ini hanya akan diputuskan pada mesyuarat Kabinet esok.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, ia termasuk sebarang ketetapan baharu, langkah tambahan termasuk mewajibkan ujian Covid-19, mahupun perubahan prosedur operasi standard (SOP) bagi menerima kemasukan pengembara terbabit.

Menurutnya, beliau sudah bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bagi memberi taklimat berkaitan isu berkenaan.

“Insya-Allah esok ada mesyuarat Kabinet dan kita akan bentangkan semua fakta yang kita dapat termasuk kemungkinan-kemungkinan kepada Kabinet.

“Malah, kita harap ada satu keputusan terbaik yang akan mengimbangkan dari sudut sains dan data dan juga persepsi masyarakat,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 di sini hari ini.

Lawatan itu bertujuan memantau kesiapsiagaan kedua-dua lapangan terbang itu khususnya dalam menerima kedatangan pelancong asing.

Katanya, apapun keputusan adalah perlu keputusan bersama termasuk melihat dari segi Rnaught (kadar belolehjangkitan) atau tidak.

Dr. Zaliha berkata, beliau juga memaklumkan bahawa Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) memantau dan meneliti data semasa di seluruh negara 24 jam sehari bagi memastikan semua keadaan selamat.

“Setakat ‘brief’ yang diberikan kepada Perdana Menteri, kita akan kekalkan apa yang kita lakukan pada hari ini, tetapi jika esok rakan Kabinet ada pandangan lain, kemungkinannya kita akan tengok macam mana untuk keputusan terbaik,” katanya.

Jelasnya lagi, beliau berpuas hati dengan tahap kesiap siagaan di pintu masuk utama negara terutama di KLIA dan KLIA2 setakat ini.

Pada awal bulan lalu, China menamatkan dasar ‘sifar-Covid’ bagi membendung wabak berkenaan dengan membuka semula sempadan negara itu.

Namun, tindakan itu menyaksikan peningkatan kes dan kematian di China oleh subvarian Omicron, BA.5 yang lebih berbahaya.

Susulan itu, KKM menetapkan pengembara yang tiba dari luar negara termasuk China perlu melalui saringan demam di pintu masuk antarabangsa (PMA) manakala sampel air kumbahan pesawat dari China juga akan diambil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI