fbpx

Singapura akan bertahan secara berpasukan – Nishigaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NISHIGAYA (kiri) dan Anumanthan menghadiri sidang akhbar menjelang perlawanan Kumpulan B, Piala AFF antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. – AMIR KHALID

KETUA jurulatih skuad Singapura, Takayuki Nishigaya memberi jaminan untuk tidak melakukan taktikal ‘parkir bas’ menjelang aksi terakhir kumpulan B menentang Malaysia pada saingan Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Sebagai rekod, skuad Kallang Lions itu telah meletakkan se­belah kaki ke kelompok empat pasukan negara ASEAN terbaik apabila memiliki kelebihan satu mata berbanding Harimau Malaya dan hanya memerlukan keputusan seri untuk lolos.

Menurut Nishigaya, arahan sudah diberikan kepada pemain untuk terapkan corak permainan seperti biasa dengan bertahan secara berpasukan apabila perlu selain melakukan serangan ketika memiliki peluang.

“Ini adalah perlawanan pen­ting buat kami dan kedua-dua pasukan meskipun harus diakui kami memiliki kelebihan dengan tujuh mata berjaya dikutip berbanding Malaysia dengan enam mata ketika ini.

“Secara jujur, ini adalah aksi derbi serantau dan sudah pasti saya tidak mahu pasukan bermain dengan cara bertahan dan corak permainan yang saya terapkan sebelum ini tidak akan berubah.

“Apa yang pasti, saya faham dengan situasi Malaysia kerana mereka perlukan kemenangan tetapi mereka masih memiliki kelebihan dari sudut beraksi di laman sendiri,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Sementara itu, pemain tengah Sang Singa, Anumanthan Kumar percaya barisan pemain tidak akan terbuai dengan gelora Sta­dium Nasional Bukit Jallil meskipun puluhan ribu penyokong Malaysia dijangka menghadiri perlawanan tersebut.

“Selepas berjaya meraih keputusan positif bertemu Singapura, pemain kini fokus untuk mengharungi perlawanan bertemu Malaysia dan bersedia untuk berikan seratus peratus di atas padang.

“Semangat pasukan juga tinggi dan sudah pasti kami akan gunakan pengalaman yang ada sebelum ini untuk menewaskan tuan rumah kerana kami sangat faham dengan bola sepak Malaysia,” kata bekas pemain Kedah Darul Aman (KDA FC) itu.

Kali terakhir Singapura bertemu Malaysia adalah aksi persahabatan di Singapura itu pada Mac lepas dengan pasukan lawan berjaya merekodkan kemenangan 2-1 ke atas skuad negara kendalian Kim Pan-gon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI