fbpx

Sampah sambutan Tahun Baharu di Jakarta 74 tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DLH mengerahkan 3,180 pekerja pembersihan selepas selepas sambutan Tahun Baharu di 5 kawasan Jakarta. - Facebook/Perkhidmatan Alam Sekitar Jakarta (DLH)

JAKARTA – Perkhidmatan Alam Sekitar Jakarta (DLH) memaklumkan bahawa sambutan Tahun Baru 2023 menyumbang sebanyak 74 tan sampah terkumpul di beberapa lokasi yang sesak, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia kelmarin.

Ketua DLH Jakarta, Asep Kuswanto berkata, kutipan sampah pada sambutan Tahun Baharu 2023 adalah kurang berbanding sebelum pandemik Covid-19 yang mencecah 125 tan.

“Ini mungkin disebabkan ia perayaan pertama selepas pandemik, belum seramai seperti kebiasan dan lebih teratur,” kata Asep.

Menurut Asep, pihaknya telah mengerahkan 3,180 pekerja pembersihan untuk mengendalikan sampah selepas sambutan Tahun Baharu di semua lokasi perhimpunan besar-besaran.

“Semua pasukan dan armada Badan Alam Sekitar dikerah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pembersihan di kawasan sambutan Tahun Baharu pada pukul 12.30 malam (waktu tempatan).

“Alhamdulillah,  kami selesai membersihkan Jakarta pada pukul 5 petang (waktu tempatan) sesuai dengan jangkaan,” tambahnya.

Pemerintah Jakarta sebelum ini menetapkan lima kawasan untuk sambutan Tahun Baharu termasuk Jakarta Pusat di Thamrin 10, Jakarta Utara dan Jakarta Barat masing-masing di pejabat Datuk Bandar.

Seterusnya Jakarta Selatan di Setu Babakan, Jakarta Timur di Shanghai Cakung Lama dan Kepulauan Seribu di Pulau Untung Jawa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI