fbpx

Premis tabika dibina di lokasi bebas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rubiah (tiga dari kiri) beramah-mesra dengan kanak-kanak di Tabika Kuala Jengai, Hulu Dungun hari ini.

DUNGUN – Taman Bimbingan Kanak-kanak (tabika) baharu di kawasan berisiko banjir hanya akan dibina di lokasi lebih selamat dan struktur bangunan lebih sesuai pada masa depan.

Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang berkata, ia merupakan perancangan jangka panjang pihaknya bagi mengurangkan kos kerugian akibat kerosakan dialami ekoran bencana tersebut.

“Sekiranya ada keperluan untuk membina tabika di kawasan berisiko banjir pada masa depan, kita akan bina di lokasi lebih selamat atau membina bangunan tinggi dengan bertiang.

“Kita juga mempunyai pelan pembinaan tabika bertiang dengan tingkat atas untuk sesi pendidikan dalam kelas manakala tingkat bawah boleh dijadikan pusat aktiviti untuk kanak-kanak,” katanya di Tabika Kampung Kuala Jengai di Hulu Dungun di sini hari ini.

Tabika Kampung Kuala Jengai terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini di sini hari

Rubiah berkata, setakat ini, sebanyak 310 tabika di seluruh negara dengan sebahagian besar di Pantai Timur telah dilaporkan terjejas dengan banjir baru-baru ini.

“Kerja-kerja pembersihan di tabika terlibat banjir telah selesai dilakukan dengan sesi pembelajaran di seluruh negara berjalan lancar.

“Kita juga masih menilai kerosakan dan kerugian dialami.Sebahagian premis tabika ini disewa dengan pihak lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI