fbpx

Muhammad Azeem harus elak sikap ‘superstar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM (kiri) bersama Amir bergambar bersama sebelum bintang pecut sensasi negara itu berangkat ke bumi AS di KLIA kelmarin.

BINTANG pecut sensasi tanah air, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi perlu sentiasa bersikap merendah diri sepanjang lima tahun ‘perguruannya’ di Universiti Auburn di Alabama, Amerika Syarikat (AS).

Demikian pesanan jurulatih­nya, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah pada saat akhir sebelum anak didiknya itu berangkat ke bumi AS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin.

Biarpun Azeem kini bukan lagi di bawah bimbingannya tetapi beliau percaya hubungannya dengan pemegang rekod 100 meter (m) kebangsaan menerusi ca­tatan 10.09 saat (s) itu tidak akan putus.

“Azeem akan menjadi pembuka laluan kepada atlet lain supaya mereka bersedia menghadapi cabaran lebih besar. Atlet perlu faham untuk berjaya bukan satu perkara mudah, banyak pengorbanan perlu dilakukan.

“Saya pesan dekat Azeem supaya selalu merendah diri dan jangan sombong bongkak bila di sana. Apa yang dia buat, jangan rasa diri ‘superstar’ dan sentiasa kerja keras untuk capai impian.

“Jurulatihnya di sana beritahu akan sentiasa berhubung dengan saya untuk berikan perkembangan semasa Azeem. Perhubungan kami masih belum terputus dan saya akan cuba bantu dari jauh,” katanya.

Jaguh pecut berusia 19 tahun dari Teluk Intan, Perak itu dikhabarkan sudah tiba di bumi AS selepas mengharungi perjalanan panjang selama lebih 24 jam.

Dua kejohanan besar menjadi sasaran utama Azeem tahun ini iaitu Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest, Hungary dan Sukan Asia di Hangzhou, China yang mampu menjadi platform buatnya layak merit ke Sukan ­Olimpik 2024.

Sehubungan itu, Amir berharap Azeem bukan sahaja berjaya membawa pulang segulung ijazah tetapi juga menggapai impiannya bergelar pelari 100m pertama dari Malaysia mencetak masa bawah 10s.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI