fbpx

Melancong, mahu melihat dunia atau dunia melihat anda – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA

PETALING JAYA – Selebriti popular Neelofa menasihatkan individu yang mengembara ke negara luar agar menikmati setiap momen dan bukannya untuk mencipta kandungan media sosial semata-mata.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, turut mempersoalkan adakah tujuan melancong ingin meneroka negara lain atau mahu ‘dunia’ melihat mereka bercuti.

“Jadi, anda melancong untuk melihat dunia atau ingin dunia melihat anda?

“Rasai dan dan berseronoklah dengan setiap perkara di sekeliling anda. Bukan semua perkara tentang mencipta kandungan media sosial,” katanya dalam satu hantaran InstaStory semalam.

Tambah isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu, keseronokan memuat naik semua perkara dalam media sosial hanyalah kegembiraan yang bersifat sementara.

Telah merasai semua pengalaman tersebut sebelum ini, dia juga menasihatkan agar berhati-hati dalam memuat naik setiap kandungan media sosial kerana perkara itu akan membuat penggunanya ketagih.

TANGKAP layar InstaStory Neelofa mengenai perkongsian pengalamannya tentang percutian.

“Jangan terpedaya dengan jumlah tanda suka dan tontonan kerana perkara itu hanya mengisi jiwa anda sementara sahaja dan membuatkan anda sentiasa menginginkannya.

“Berhati-hatilah dengan kandungan yang buat anda rasa puas dan bukannya tentang isi kandungan media sosial.

“Percayalah, saya telah mempelajari tentang semua perkara ini beberapa tahun sebelum ini,” ujarnya.

Pengacara Next To Neelofa itu bagaimanapun tidak merujuk atau menyatakan sebab berkongsi pengalamannya itu.

Sejak November tahun lalu, golongan selebriti popular seperti berlumba-lumba berkongsi foto percutian masing masing ke pelbagai lokasi di luar negara.

Antara yang dilihat bercuti ke luar negara ialah Rozita Che Wan, Fazura dan Datuk Seri Siti Nurhaliza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI