fbpx

Malaysia, Indonesia akan terus menyokong antara satu sama lain -Tengku Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul bersama Hermono ketika mengadakan pertemuan semalam.

PETALING JAYA – Hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia akan terus diperkukuh termasuklah berkaitan pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kedua-dua negara akan terus menyokong satu sama lain dalam menghadapi apa jua cabaran yang tampil.

Jelas beliau, kedua-dua negara juga bersedia meneroka peluang-peluang masa hadapan yang dapat memberikan impak positif kepada ekonomi negara serumpun itu.

“Terima kasih Bapak Hermono, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, di atas kesudian untuk makan malam bersama saya. Sebagai hos malam semalam, saya sajikan makanan Malaysia kepada tetamu.

“Sambil berkongsi pandangan tentang juadah enak kedua-dua negara, kami turut berbincang mengenai usahasama pelaburan dan perdagangan Malaysia-Indonesia serta peluang-peluang masa hadapan yang dapat memberikan impak positif kepada ekonomi negara serumpun kita ini,”katanya di laman Facebook hari ini.

Pada masa sama, Tengku Zafrul berharap agar silaturrahim Malaysia-Indonesia terus utuh.

“Seperti kata pepatah, serumpun bak serai, sesusun bak sirih,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI