fbpx

Lebih 800 penumpang terkandas di laut kerana kapal berkulat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang yang mabuk laut telah terperangkap di atas kapal Viking Orion selama lima hari. - Getty

CANBERRA – Beratus-ratus pelancong terkandas di atas sebuah kapal persiaran menjelang sambutan Tahun Baharu selepas sejenis fungus ditemui pada badan kapal itu ketika pelayaran, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kapal Viking Orion dilaporkan mengelak beberapa pelabuhan di Australia Selatan yang mengakibatkan penumpang terperangkap di laut selama lima hari.

Penumpang yang terkurung telah mengalami simptom demam kabin yang serius dan menyifatkan pengalaman pahit itu sebagai ‘perjalanan dari neraka’.

Kapal persiaran itu tidak berlabuh di mana-mana pelabuhan sejak ia memulakan pelayaran dari Wellington, New Zealand selepas hari kedua perayaan Krimas pada 26 Disember lalu.

Jabatan Perikanan Australia tidak membenarkan kapal itu berlabuh selepas penemuan ‘pertumbuhan marin’ di dalam kapal.

Menurut pegawai, kulat itu dilabel sebagai biofoul atau ‘berpotensi berbahaya’ dan mesti dibersihkan sebelum kapal itu diberikan akses ke pelabuhan.

Kapal Viking Orion telah dihalang berlabuh di empat pelabuhan termasuk Christchurch, Dunedin dan Hobart, sebelum berlayar kembali untuk cuba berlabuh di Adelaide.

Pihak berkuasa menemui sejumlah kecil sampel biofoul yang terdiri daripada mikroorganisma marin, tumbuhan, alga atau haiwan kecil di atas kapal.

Mereka kemudian mengarahkan kapal itu membersihkannya sebelum memasuki perairan Australia.

Walaupun lebih 800 penumpang berharap kesengsaraan ditamatkan, mereka mendakwa telah diberitahu oleh kakitangan bahawa kapal itu tidak dapat berlabuh di Adelaide.

Mereka sebaliknya diberitahu bahawa kapal itu akan berlabuh sejauh 27 kilometer (km) dari pantai.

“Kapal itu dikehendaki menjalani pembersihan untuk membuang biofoul dan menghalang organisma marin yang berpotensi berbahaya diangkut oleh kapal.

“Penyelam profesional terlibat secara langsung bersama ejen untuk membersihkan kapal itu semasa berlabuh di luar perairan Australia,”  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI