fbpx

Isu tampar pelajar, KBS, KPM teruskan siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar insiden seorang jurulatih bola tampar bertindak menampar dua pemainnya baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menegaskan pihaknya bersama Kementerian Pendidikan (KPM) akan tetap meneruskan siasatan terperinci mengenai isu jurulatih bola tampar menampar dua pemainnya baru-baru ini.

Hannah menerusi satu ciapan di Twitternya sebentar tadi berkata, walaupun pelbagai pihak termasuk pemain (murid) telah mengeluarkan kenyataan untuk segera menyelesaikan perkara itu dengan baik, namun menjadi satu tanggungjawab pihaknya bertindak ke atas insiden tersebut.

“The team tweeted. The parent and State Exco have spoken (Pasukan tersebut dah buat kenyataan dan Exco Negeri juga sudah bersuara).

“But KBS will continue our independent investigation because this is not about 1 coach or 2 players but a precedent we are setting for the next generation in sports (Tetapi KBS akan tetap teruskan siasatan terperinci kerana ini bukan soal satu jurulatih atau dua pemain, tetapi melibatkan generasi sukan).

“Fadhlina Sidek (Menteri Pendidikan) and I are on this together (Fadhlina Sidek dan saya akan lakukannya bersama),” ciapnya.

Terdahulu, Hannah mengecam tindakan jurulatih berkenaan yang dilihat menampar dua pemainnya dalam satu video yang tular di laman sosial.

Tegas beliau, rakyat Malaysia perlu berhenti menormalkan penderaan fizikal sebagai cara bagi pematuhan tingkah laku.

Susulan itu, Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melaka, V P Shanmugam memaklumkan nasib jurulatih tersebut bakal diputuskan esok selepas mesyuarat pasca Exco selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI