fbpx

EPL: Ten Hag kembali miliki skuad terkuat United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINEZ dijangka kembali membarisi benteng United selepas dua kali terlepas aksi kerana meraikan kejayaan menjulang Piala Dunia. – AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Erik Ten Hag dijangka kembali menyenaraikan Marcus Rashford ke dalam kesebelasan utama ketika bakal turun menentang Bournemouth awal pagi esok.

Rashford memanaskan bangku simpanan sebelum dimasukkan sebagai pemain gantian dan muncul wira pasukan itu apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Wolverhampton Wande­rers Sabtu lalu.

Penyerang England itu dijang­ka akan mengambil semula posisinya daripada Alejandro Garnacho atau Ten Hag juga mungkin meletakkannya di bahagian sayap kanan menggantikan Antony yang gagal menampilkan persembahan terbaik menentang Wolves.

Bagaimanapun, untuk perlawanan menentang Bournemouth kali ini, Jadon Sancho hampir pasti bukan menjadi pilihan kerana baharu kembali ke Old Trafford dan masih belum menjalani latihan bersama pasukan.

Sehingga kini masih belum disahkan sebab Sancho disisih­kan biarpun Ten Hag pernah menyebut bahawa pemain itu berdepan isu mental dan fizikal selain terdapat khabar angin bahawa dia diketepikan ekoran masalah disiplin.

Selain itu, aksi menentang Bournemouth juga mungkin akan menampilkan semula gandingan Raphael Varane dan Lisandro Martinez apabila pemain Argentina itu kembali pulang ke Carrington selepas meraikan kejayaan menjulang Piala Dunia.

Martinez terlepas dua aksi ketika menentang Nottingham Forest dan Wolves kerana diberi pelepasan untuk berada di Buenos Aires bagi keraian ber­kenaan, namun dijangka kembali sekali gus menyaksikan Luke Shaw kembali ke posisi asal sebagai bek kiri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI