fbpx

Empat nyaris rentung Mercedes terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perjalanan empat sekeluarga pulang ke rumahnya dari Pontian ke Batu Caves berakhir dengan detik cemas kenderaan terbakar di kilometer 225, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), di sini, awal pagi tadi. - IHSAN BOMBA

REMBAU – Empat sekeluarga sempat menyelamatkan diri dari kenderaan yang terbakar di kilometer 225, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mereka sekeluarga termasuk kanak-kanak berusia sembilan tahun dalam perjalanan ke rumah mereka dari Pontian, Johor, ke Batu Caves, Selangor.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Hafiz Mat Junoh, pasukannya diketuai Penolong Bomba Kanan II, Mokhtar Ahmad bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 2.52 pagi.

“Sebaik tiba, didapati memang benar berlaku kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Mercedez Benz300 SE (1993).

“Pemandu kereta iaitu si suami menyedari terdapat api tiba-tiba keluar dari bawah stereng dan segera memberhentikan kenderaan bagi meminta bantuan,” katanya hari ini.

Ujar Ahmad Hafiz lagi, kebakaran berkenaan berjaya dikawal namun kenderaan tersebut musnah 100 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI