fbpx

Empat mayat ditemui selepas kapal layar hanyut secara misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis menyiasat penemuan mayat di sebuah pulau di Thailand pada Ahad lalu. - ThaiMECC 3

BANGKOK – Empat mayat ditemui selepas sebuah kapal layar sepanjang 64.37 meter (m) dicuri dan hanyut secara misteri dengan sendirinya di Thailand, lapor akhbar Daily Star semalam.

Sekitar seminggu lalu, seorang lelaki Jerman bernama Marco Ceferin melaporkan kapal layarnya yang dinamakan Marco Polo hilang dari tambatan di pantai Nai Harn, Phuket.

Imej sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan tiga orang menaikinya sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan) pada 28 Disember tahun lalu dan ia kemudian kelihatan hanyut dengan sendiri  tanpa sesiapa pun mengendalikannya.

Laporan media tempatan mendakwa kapal layar itu mengheret sauh dan hanyut ke arah Kepulauan Nicobar yang terletak berdekatan.

Bagaimanapun, empat mayat telah ditemui di Kepulauan Ko Racha Noi yang sangat dekat dengan tempat kapal layar itu ‘terlepas’ dari tambatannya.

Penemuan itu dibuat sekitar pukul 12.35 tengah hari (waktu tempatan), hanya 24 jam selepas seorang nelayan tempatan, Apiwat Konsgawat menemui dua mayat di pulau lain yang berhampiran.

Pusat Perintah Penguatkuasaan Maritim Thailand (ThaiMECC 3)  menemui semua mayat tersebut sejurus selepas itu dengan pekerja-pekerja penyelamat dan pegawai-pegawai menaiki bot yang terletak kira-kira 300 meter jauhnya tidak lama kemudian.

Tidak jelas sama ada Marco Polo adalah kapal layar yang telah ditemui itu.

Namun, ia adalah satu-satunya kapal layar yang dilaporkan hilang sejak kebelakangan ini. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI