fbpx

Cuaca cerah di seluruh Semenanjung pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Metreologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik dan cerah di seluruh Semenanjung sehingga pukul 9 pagi ini.

MetMalaysia menerusi laman sesawangnya berkata, hanya beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sahaja dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat.

“Di Sarawak, kawasan yang terlibat dengan cuaca buruk adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu (Kanowit), Kapit, Bintulu (Bintulu), Miri (Marudi) dan Limbang.

“Situasi sama turut dijangka di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” katanya.

Tambah MetMalaysia, tiada amaran hujan lebat berterusan di seluruh negara namun amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang tetap dikeluarkan di beberapa kawasan perairan di Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan serta Sabah Timur.

Katanya, bagi seksyen perkapalan, situasi sama turut dijangka di perairan Selat Melaka Selatan, Samui, Tioman, Condore, Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan, Palawan, Sulu, Sulawesi sehingga pagi ini.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer per jam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” ujarnya.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama, kedua dan ketiga melibatkan perairan Sarawak, Selat Melaka Selatan, Tioman, Labuan, Condore, Bunguran, Reef North, Layang-layang, Sulu, Palawan dan Reef South.

Jelasnya, amaran ini diramalkan berterusan sehingga 5 Januari ini.

“Di sepanjang tempoh amaran, keadaan ini adalah amat berbahaya kepada kebanyakan aktiviti pantai dan juga perkapalan termasuklah aktiviti perkhidmatan feri dan juga aktiviti pelantar minyak,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI